Saturday, April 19, 2008

KENYATAAN MENTERI BESAR PAHANG

Subject: Kenyataan MB Phg
KENYATAAN MENTERI BESAR PAHANG
01. Saya ingin membuat penjelasan mengenai tajuk berita dalam Utusan Malaysia 19 April 2008, hari Sabtu muka surat tiga bertajuk 'Jawatan Exco gugur MB'.
02. Tajuk berita dan isi berita dalam para enam yang melaporkan " dan sebagai Menteri Besar, beliau (yakni Adnan) mempunyai hak mutlak melantik sesiapa sahaja" adalah salah, mengelirukan dan boleh melaga-lagakan Menteri Besar dengan Perdana Menteri dan di antara Menteri Besar dengan Sultan Pahang.
03. Berdasarkan kepada rakaman percakapan yang direkodkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar dan ramai pemberita lain, saya tidak pernah menggunakan perkataan "hak mutlak saya dan tidak pernah mengatakan "Dato' Maznah Mazlan digugurkan sebagai Exco".
04. Hak mutlak atau prerogatif diberikan kepada Perdana Menteri dalam pemilihan anggota kabinetnya dengan menyembah nasihat kepada Yang Dipertuan Agong.
05. Sultan Pahang mempunyai hak mutlak melantik Menteri Besar sebagaimana yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Pahang.
06. Mengenai pengisian jawatan yang dikosongkan oleh Maznah saya menyatakan " Itu kita tunggu saya menyembah nasihat, menyembah maklum, mengadakan perbincangan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang"
07. Saya ada menyatakan juga "kedudukan Maznah dengan sendirinya di Majlis Mesyuarat Kerajaan akan dikosongkan". Saya tidak pernah menyatakan Maznah akan digugurkan sebagai Exco sebagaimana yang dilaporkan.
08. Berita yang telah tersiar menggambarkan saya sebagai Menteri Besar, tidak memahami kuasa dan prerogatif yang ada pada Perdana Menteri dan kuasa dan prerogatif yang ada pada Sultan Pahang, sedangkan pada hakikatnya saya amat memahami.
09. Saya ucapkan terima kasih kerana menyiarkan kenyataan saya ini yang sepatutnya tidak perlu berlaku jika Utusan lebih berhati-hati, beretika dan profesional dalam laporannya.
10. Saya tidak memerlukan sebarang liputan lagi oleh Utusan selepas ini. ADNAN YAAKOB, MENTERI BESAR PAHANG
Bertarikh : 19 April 2008, Sabtu, 11.29 malam ---------------------------------------------------------------- This message was sent using IMP, the Internet Messaging Program.

Friday, April 18, 2008

Persidangan Media 18 April 2008

Transkrip/Verbatim
Persidangan Media
Mengenai
Pelantikan Dato' Maznah Mazlan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli
dan Alam Sekitar
Kediaman Rasmi MB, Jalan Teluk Sisek, Kuantan
18 April (Jumaat). 6.15 petang (10 minit 40 saat)


Saya bersyukur ke hadrat Allah dan berterima kasih kepada YAB Perdana
Menteri kerana YAB Perdana Menteri telahpun mengumumkan pelantikan
ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Dato' Maznah Mazlan sebagai seorang
timbalan menteri dalam barisan kepimpinan pusat.

Dato' Maznah sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Berhubung dengan pembentukan kabinet, menteri dan timbalan menteri
walaupun timbalan menteri bukan anggota kabinet; Perdana Menteri mesti
mempunyai kaedah dan cara tertentu.

Dari segi negeri Pahang ini, pelepasan Dato' Maznah ke Kerajaan
Persekutuan telahpun saya sembah-maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultan Pahang dan juga kepada Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota; dan Tuanku berdua telahpun
berkenan.

Saya menganggap pelantikan ini tepat dan ianya bertujuan untuk
memantapkan lagi susunan pentadbiran di peringkat menteri dan timbalan
menteri kerajaan di bawah kepimpinan Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi.

Ramai orang melihat, ini merupakan satu pelantikan yang memberi
penghormatan kepada wanita kerana Dato' Maznah Mazlan ialah salah
seorang Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, dan ada juga yang
melihat ini satu penghormatan kepada negeri Pahang kerana Dato? Maznah
Mazlan dari negeri Pahang.

Apapun saya percaya Perdana Menteri mempunyai kebijaksanaan beliau
sendiri dengan melantik Dato' Maznah Mazlan dan saya secara peribadi
berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas kepercayaan yang
diberikan kepada ahli Exco saya dan memang sesuai seperti yang kita
sebut tadi, Dato' Maznah ialah salah seorang ahli Exco Wanita UMNO
Malaysia dan juga seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

Tapi sudut ini tidak boleh diberikan tumpuan. Yang mustahak ialah
Dato' Maznah boleh menjalankan kerjanya. Beliau mempunyai pengalaman
sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan sejak tahun 1995. Sejak tahun
2000, ya, sejak tahun 2000.

Saya percaya Dato' Maznah Mazlan boleh menjalankan tugas kerana beliau
telahpun berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan sejak tahun
2000 dan saya percaya beliau boleh membantu menteri dan juga membantu
YAB Perdana Menteri dalam menjalankan urusan pentadbiran negara dan
juga parti.

Saya tidak sempat menghubungi tokoh-tokoh lain termasuklah YB Kak
Rafidah Aziz kerana perkara ini ialah antara Perdana Menteri dengan
menghubungi saya mintakan sikit pandangan.

Jadi tidak wajar saya memberitahu Kak Rafidah dan tokoh-tokoh wanita
yang lain ataupun memberitahu rakan-rakan di negeri Pahang yang lain
kerana perkara ini adalah masih lagi menjadi satu rahsia sehinggalah
rahsia ini tadi telahpun diceritakan melalui satu kenyataan dalam
televisyen.

Itu ajelah.

(soalan) :

Buat masa ni, insya-Allah Dato' Maznah Mazlan akan mengangkat sumpah
sebagai senator saya difahamkan pada 21 haribulan dan kemudian tu
mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri.

Kedudukan beliau dengan sendirinya di Majlis Mesyuarat Kerajaan akan
dikosongkan.

Tetapi beliau masih lagi memegang kedudukannya sebagai ahli Dewan
Undangan Negeri Pahang kawasan Muadzam Shah kerana saya difahamkan,
perlembagaan dan juga peraturan parlimen membenarkan Dato' Maznah
berbuat demikian iaitu menjadi ahli Dewan Undangan Negeri dan juga
menjadi timbalan menteri.

Sayapun kalau tidak silap saya, pernah daripada Sarawak, Sabah; selain
daripada menjawat jawatan ketua menteri juga memegang jawatan menteri
pusat satu masa dulu, saya lupa kena tengok balik.

(soalan) :

Tidak. Dato' Maznah akan memegang jawatan timbalan menteri dan ADUN.
Exco kosong.

(soalan) :

Ini kita tunggu saya menyembah-nasihat, menyembah-maklum, mengadakan
perbincangan dengan Kebawah Duli Yang Mah Mulia Tuanku Sultan dan juga
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota.

(soalan) :

Selepas angkat sumpah sebagai timbalan menteri. Sebagai senator tidak
perlu, sebagai timbalan menteri.

Maknanya, peletakan jawatan Dato' Maznah Mazlan sebagai ahli Majlis
Mestyuarat Kerajaan berkuatkluasa serta-merta selepas beliau
mengangkat sumpah sebagai seorang timbalan menteri, insya-Allah.

(soalan) :

Dalam sehari-dua lagi. Perbincangan telahpun berlaku. Saya telahpun
sembah-maklum melalui telefon tapi berhubung dengan pengisian Exco ni,
selepas Dato' Maznah Mazlan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri
saya akan menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk
berbincang.

(soalan) :

Kita jawatan dalam kabinet sebagai contoh itu hak mutlak, prerogatif
Perdana Menteri untuk menyebah-nasihat kepada Yang Dipertuan Agong. Di
negeripun begitu juga. Menteri Besar akan menyembah-nasihat kepada
Tuanku Sultan dan kemudian tu pelantikan akan dibuat.

Dan kedudukan dalam Exco negeri ataupun kabinetpun, tidak ada satu
peraturan tetap menyatakan parti sekian dapat sekian, parti sekian
dapat sekian. Wanita pula dapat sekian; pemuda sekian dapat sekian.

Ia bukan kira begitu. Kita kira kepada bakat dan kebolehan. Tidak
semestinya diisi oleh seorang wanita. Saya akan bincang.

(soalan) :

Dak. Sebelum Dato' Maznah pun tiada wakil Exco. Tidak ada wakil Wanita
dalam Exco. Dato' Maznah ialah ahli Dewan Undangan Negeri Wanita yang
pertama menjadi Exco. Dulu tak adapun. Tak ada, memang tak ada.
Kerajaan berjalan juga. Pembangunan berjalan.

(soalan) :

Kira setakat ni tiga kosonglah. Yang dua tu kosong sebelum ni, satu
lagi menjadi kosong pula lagi. Tak tahulah kalau ada Exco lain nak
berhenti ke.

(soalan) :

Semua tunggu Tuanku Sultan.

(soalan) :

It is not for me to answer. That is the prerogative of the Prime
Minister. That the Prime Minister was kind enough to have called me
and we talked over the phone and that's it.

He must have his reasons, he must have his wisdom to appoint Dato'
Maznah and not anybody else. Of course I am very happy one of my Exco
members has been elevated, promoted to a deputy minister.

It is an honour for Pahang, for Wanita and for UMNO Pahang.

(soalan) : (tentang pelantikan Dato' Maznah sebagai hadiah hari jadi 18 April)

Tak payah tulislah? Saya tak sebut ya?

(soalan) :

Oh tidak. Perdana Menteri yang buat pilihan dan Perdana Menteri
sungguh kita katakan merendah diri kerana membuat panggilan telefon
kepada saya. Itu setakat yang saya boleh beritahu.

(soalan) :

Exco day, Wednesday.

(soalan) :

Wednesday morning. Wednesday morning once, Wednesday afternoon another time.

(soalan) :

Dato' Maznah dihubungi pada hari semalam, hari Khamis. Sidang akhbar
hari ini, hari Jumaat. ends



----------------------------------------------------------------
This message was sent using IMP, the Internet Messaging Program.

Saturday, April 12, 2008

FRIENDS or FOES
(written by friends of Adnan)

Dato' Sri Adnan Yaakob is indeed a colourful man. Much has been said about him from shocking attributes to entertaining confrontations. Such is the man with his own unique blend and brand of eloquence, wit, cynicism and experience.

But as incorrigible as he may be, there is a side to him only few have had the privilege of knowing. Suffice to say that those attributes differ from his public persona. That shall remain so.

That audacious man is our friend.